Pensel Ini Menulis

Pensel ini sedia berkhidmat.Menulis tanpa penat.Harap dibalas kepercayaan peminat.Yang setia menunggu penuh taat.:)

Kisah Sebatang Pensel




Pada suatu petang yang nyaman,seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Ibu tulis tentang pengalaman kita ya?" Si ibu berhenti menulis lalu berkata, "ibu sedang menulis 
mengenai kamu tapi apa yang lebih penting ialah pensel yang sedang ibu guna ni.Ibu harap kamu 
jadi seperti pensel apabila kamu dewasa kelak."Si anak hairan lalu bertanya, "apa istimewanya 
sebatang pensel itu wahai ibu?"Sambil tersenyum si ibu menjelaskan kepada anak kecilnya."Pensel
ini mempunyai 5 kualiti hidup yang jika diamalkan pasti membuat hidupmu tenang wahai anakku."


1 - PENSEL MENGINGATKANMU UNTUK BERSYUKUR
Pensel tak akan bergerak sendirinya tanpa ada yang menggerakkannya.Begitu juga manusia.
Pergerakan manusia dibantu oleh kudrat yang dikurniakan oleh tuhan.Sebab itu kita harus bersyukur
atas segala nikmat sama ada kecil atau besar.Pensel turut mengajar kita bahawa kita takkan mampu
hidup sendiri tanpa bantuan.



2 - PENSEL MELALUI PELBAGAI PENDERITAAN SEBELUM SELESAI MENULIS
Dalam proses menulis ada kalanya kita terpaksa berhenti dan menggunakan pengasah untuk menajamkan pensel sebelum terus menulis.Semasa diasah si pensel akan terasa sakit dan menderita.Sama juga dengan 
kehidupan kita.Tak semudah yang kita harapkan. kadangkala kita juga terpaksa berhenti dan melalui pelbagai kepayahan dan penderitaan.Tapi jangan sesekali kita cepat mengalah kerana jika kita berusaha menyelesaikan kepayahan itu,pasti kejayaan akan bersama kita.


3 - PENSEL MEMBERI KITA PELUANG MEMPERBAIKI KESILAPAN
Tulisan yang salah dihapuskan menggunakan pemadam,tidak seperti pen yang tidak boleh memadam kesalahan cuma menyembunyi dan melindungi kesalahan sahaja menggunakan liquid paper.Pensel mengajar kita bahawa melakukan kesilapan dalam kehidupan bukanlah perkara yang memalukan dan harus dikesali.Setiap orang harus belajar daripada kesilapan tersebut.Ia membantu kita untuk berubah dan membantu kita untuk berada di landasan yang betul.




4 - TULISAN YANG CANTIK BERGANTUNG KEPADA APA YANG DI DALAM 
     PENSEL BUKAN BAHAGIAN LUARNYA
Bagi memastikan tulisan cantik dan jelas,kualiti karbon yang ada di dalamnya(mata pensel) haruslah berkualiti.Tulisan cantik tidak bergantung pada luaran pensel tersebut.Sama juga dengan manusia,kecantikan seseorang itu menyerlah dari hatinya.Jika personaliti dalamnya baik,maka zahirnya turut kelihatan baik.


5 - PENSEL SELALU MENINGGALKAN TANDA
Tulisan yang salah dan dipadam slalu meninggalkan tanda.Sama juga dalam kehidupan,kita harus sedar
apa pun yang kita lakukan dalam hidup pasti meninggalkan kesan.Jadi harus diingat supaya kita berfikiran waras sebelum melakukan sesuatu terutamanya sebelum melakukan perkara atau tindakan yang kurang
baik.Kita harus berfikir sewajarnya agar tidak mendatangkan kesan buruk kelak.